Thursday 22 November 2012

MUSHROOM SOUP

BAHAN-BAHAN

200 gm Mushroom di cincang
50 gm Mentega
25 gm Tepung gandum
1 bj Bawang besar dicincang
1500 ml Air
1 ketul stok ayam
25 gm garam
1 sudu teh kicap cair


CARA-CARA

1. Cairkan 25 gm  (separuh) mentega. Masukkan bawang cincang kacau 2-3 minit masukkan mushroom , air, garam dan stok ayam. kacau dan biarkan mendidih perlahan-lahan.

2.  Dalam periok lain panaskan setengah lagi mentega masukkan tepung kacau 2-3 minit.  Masukkan kicap.

3.  Masukkan sup dan campuran tepung kedalam blender, blend dan hidangkan.

Kalau tak nak blend , masukkan sup kedalam campuran tepung kacau hingga sebati.  Hidangkan bersama roti .  Selamat menjamu selera.

Stok ayam boleh disediakan sendiri dengan merebus kaki dan tulang ayam biarkan mereneh 30- 45minit.

BAMIAH

Tadi anis telefon dari Mesir nak resepi bamiah. Mungkin daging kambing banyak lebih masa Raya Qurban tu tak tau nak masak apa ...haa apa lagi cuba le resepi mak ni insyaallah sedap tau. Kalau tak nak blend rempah kering yang bertanda * boleh juga diganti dengan rempah kurma adabi. kalau boleh jangan guna rempah lain sebab adabi sedap dan halal. Bendi digoreng sikit aje masa hidang baru masuk sebab kalau masuk awal takut belendir pulak.

BAMIAH
1 kg. daging kambing
1/2 kg. bawang merah (digoreng)
1/2 kg. buah tomato (1/2 dihiris dan 1/2 dibelah 4)
1/2 kg. bendi digoreng
1/2 tin tomato puree
5 bj. cili hijau (belah 2)
1/2 tin susu cair   } dicampur utk jd tairu
1/2 bj limau nipis }
5 kuntum bunga cengkih
5 bj buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
3 sb serbuk ketumbar          } *
1 1/2 sudu kecil jintan putih  } *
1 1/2 sudu kecil lada hitam   } *
10 bj buah pelaga                } DIKISAR HALUS*
5 kuntum bunga cengkih       } *
1 inci kulit kayu manis          } *
1/2 bj buah pala                   }*
7 bj bawang putih kisar
1 1/2 inci halia kisar
Cara-caranya
1. Perapkan daging dengan rempah yang dikisar halus bersama tairu dan tomato puree.
2. Panaskan satu cawan minyak dan tumis daging yang diperap tadi hingga wangi. masukkan bunga   cengkih,  buah pelaga dan kulit kayu manis, kacau rata.
3. Masukkan tomato yang dihiris, bawang goreng lalu digaul dengan air secukupnya.
4. Biarkan mendidih dan daging empok lalu masukkan cili hijau yang dihiris, tomato belah dan bendi, biarkan sementara waktu. Angkat dan hidangkan . Sedap dimakan bersama nasi minyak atau nasi putih dan juga roti.

Sunday 18 November 2012

LAKSA JOHOR






BAHAN-BAHAN

1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)

**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
udang basah 100gm
isi ikan kurau - 10 gram dibakar
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm

rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan

**Bahan B (dimesin)**
3 Bj. bawang besar 
15 tangkai cili kering
2 inci halia 
2 inci lengkuas 
2 inci kunyit hidup 
3 batang  diketuk untuk tumis
4 keping asam keping  (masuk dlm kuah)
500 ml santan 
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
bawang putih -3/4 ulas

**Bahan Kondimen**
limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
Kicap kipas udang / kicap manis

** Sambal Belacan
-lada merah 5/6 biji
-Belacan melaka - 30 gram dibakar
Bawang Merah 1 biji kecil, garam dan gula

Cara-cara Penyediaan kuah:

Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin tadi.
masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air dan
masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
tambah garam dan gula untuk rasa
masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk

**Sambal belacan**
mesinkan semua bahan dan hidangkan
SELAMAT MENCUBA





Ini lah bahan kondimen....... bila tambah bahan kondimen, makin sedap laksa johor yang dimakan....











Saturday 17 November 2012

PESANAN LUQMAN HAKIM


Wahai anak-anak yang tercinta, perhatikanlah pesanan Lukman ini dan ambillah sebagai pedoman untuk melayari bahtera kehidupan yang penuh pancaroba semoga selamat dunia dan akhirat.

PESANAN LUKMAN AL HAKIM BUAT KITA

1 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

3 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

8 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

9 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Friday 16 November 2012

Pai Epal

BAHAN-BAHAN PASTRI:
200gm tepung gandum
80gm butter
1/2 st vanila
50ml air ais

CARA-CARA:
1. Masukan tepung dalam bekas campur mentega, esen vanila gaul hujung jari hingga jadi serbuk roti. Tambah air gaul rata hingga jadi doh yang tak melekat.

2. Canai doh antara 2 plastik 3-4cm. Alih dalam loyang tat 6 inci. Potong lebihan dan letak inti. Canai lebihan doh untuk penutup . Bakar 200C 40-45mt.

BAHAN-BAHAN INTI:
2 biji epal merah / hijau
1/4 cawan kismis
1 1/2 sudu besar gula perang
1 sudu besar mentega
1/2 st- serbuk kulit kayu manis
3/4 sb tepung jagung
1 kuning telur untuk sapu atau pie

CARA-CARA:
1. Panaskan mentega dalam mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. tambah kismis kacau rata. Masukkan tepung jagung.






 

                                           Haaaaaa..... Da siap... Tinggal nak masuk oven.....














Alhamdulillah.... da siap da hidangan kite..... yummy.. selamat menjamu selera.... Bismillahirahmanirahim.....



Tuesday 13 November 2012

Dua Awal Tahun Dan Doa Akhir Tahun



DOA 1 (Akhir Tahun)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.
DOA 2 (Awal Tahun)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.



RESEPI WARISAN

Assalamualaikum wmt,
Seronok sangat rasanya dapat menulis di blog sendiri. Semoga Allah memberi Rahmatnya kepada kita semua dan semoga kita sentiasa sihat walafiat, dimurahkan rezki dan yang paling penting kita semua sentiasa dapat mengerjakan amalan kebajikan dan dapat meninggalkan yang maksiat.

Hari ini hari Rabu 14 November 2012 dan petang nanti akan masuk 1 Muharram. Insyaalah lepas solat asar kita sama-sama baca doa akhir tahun dan pada waktu maqrib nanti kita sama-sama baca pula doa awal tahun. Berdoalah kepada Allah swt semoga kita akan dipermudahkan segala urusan dan dapat menambah amalan kebajikan ditahun baru ini.

sehingga jumpa lagi..