Friday 30 August 2013

MASHMALLOW HALAL


Resepi MARSHMALLOW halal

Bahan:

1/4 cawan tepung jagung**
1/3 cawan confectioner sugar **
21 gm gelatin (gelatin Halalgel)
1/3 cawan air
2/3 cawan gula (boleh kurang kalau nak kurang manis)
1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla (boleh guna strawberry essence)
pewarna (hijau, merah, kuning, biru, ikut suka)

Cara-cara
Ayak tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.

Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.

Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.

Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung dan confectioner sugar tadi. taburkan pada dasar dan bahagian teping loyang.

Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.

Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
Salutkan dengan lebihan tepung jagung dan gula tadi. Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol

Sunday 18 August 2013

BERGEDIL AYAM


Untuk dimakan bersama soto ayam

1 kg. kentang
2 ketul dada ayam
2 Sb bawang goreng
2 Sb daun sup/daun bawang
1 st garam
2 bj telur
1 st lada sulah
minyak untuk menggoreng


Cara-caranya

1. Kupas kentang dan potong kecil .  Goreng hingga masak tak payah garing.
2. ayam di gaul garam kunyit digoreng dan dicarik halus
3. Tumbuk kentang hingga lumat.
4. Campur kentang , ayam, bawang goreng, daun sup, garam, lada sulah dan 1 biji telur.
5. Gaul semua hingga sebati dan buat bentuk yang disukai bulat atau lonjong.
6. panaskan minyak . pukul telur dan celupkan bergedel dan goreng dalam minyak panas.
7. Hidangkan bersam soto ayam berempah.


MENU RAYA KELUARGA


SOTO AYAM BEREMPAH

1 Peket nasi impit direbus 2 jam

1 ekor ayam potong 12
kaki dan tulang ayam (lagi banyak lagi sedap)
3 batang serai
2 inci halia
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
10 bj. buah keras
Lengkuas sebesar 2 jari
1 senduk besar rempah kurma adabi
2 kiub ayam
Garam
minyak untuk menumis

1. isi ayam digaul garam kunyit dan digoreng.  Bila sejuk carik isinya halus.
2. Rebus tulang ayam hingga lembut.
3. Kisar serai, halia, bawang besar, bawang putih dan buah keras.
4. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi masukkan 1 batang kulit kayu manis dan 5 kuntum bunga lawang. bila naik bau masukkan rempah kurma.
5. Masukkan bahan tumisan tadi kedalam periuk sup tulang tadi. masak hingga mendidih. masukkan lengkuas , kiub ayam dan garam.  sesuaikan rasa .


sambal kicap
cili padi
bawang putih
Kicap manis kipas udang
cuka

kisar semua bahan


bahan-bahan hiasan
Ayam carik
Bergedil
daun sup
daun bawang
taugeh
soon goreng
kacang tanah goreng
bawang goreng

Assalamualaikum
para pengunjung yang dihormati dan dikasihi
Blog ini saya usahakan atas inisiatif supaya anak-anak saya dapat memasak resepi yang biasa saya sediakan untuk mereka setiap hari dan setiap jamuan yang saya sediakan untuk tetamu-tetamu dan saudara mara yang bertamu kerumah. 
alhamdulillah hampir setiap minggu rumah kami dikunjungi saudara mara dan sahabat handai dari jauh dan dekat.  saya sangat gemar memasak dan meghidangkan mereka dengan berbagai-bagai juadah dari main course hingga pencuci mulut semuanya saya masak sendiri khas untuk para tetamu saya.  Gembira melihat tetamu-tetamu menikmati juadah saya dan ini cukup untuk menghilangkan penat dan lelah sewaktu bersilat didapur.
Anak-anak turut gembira bersama-sama menikmati pelbagai juadah dan tentulah merekalah yang terpaksa menghabiskan segala baki hidangan selepas tetamu-tetamu pulang.  Kemudian sama-sama membersih pinggan mangkuk serta periuk belanga.
Saat-saat gembira ini memberi banyak kenangan manis kepada mereka dan yang paling dikenang ialah makanan-makanan kegemaran mereka yang dimask dengan penuh kasih sayang.
khas untuk anak-anak yang disayangi mak tulis resepi-resepi masakan kegemaran keluarga kita supaya ianya mudah untuk di cari walau dimana saja kalian berada tanpa perlu selongkar almari dapur untuk mencari buku resepi mak.  Rajin-rajin mencuba dan mak nak semua anak-anak mak memasak sendiri makanan untuk cucu-cucu mak supaya mereka dapat menikmati keenakan masakan air tangan ibu.
Selamat memasak ...masak dari hati membawa kita kesyurga.

Sunday 4 August 2013

KEK KARAMEL


BAHAN BAHAN

GULA HANGUS
 2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingga gula mencair dan biarkan sekejap.

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )
1/2 tin ( 1 cawan ) susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder ( sudu kfc )
50 ml minyak  jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE  ( B )
6 telur putih ( jangan ada  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue nya tak menjadi
70 gm gula castor
1 tsp krim of tartar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jika di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnakan dan dan diperisa kan ( adunan takkan tenggelam dalam karamel )
3.Panas kan oven selama 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamel hangus )
5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah
6. Bila kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinya dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan dan lihat hasilnya pasti anda akan tersenyum sebab kek menjadi.

Friday 2 August 2013

CREAM CHEESE TART


CREAM CHEESE TART


            BAHAN-BAHAN PASTRY


                        250 gm tepong gandum
                        125 gm air
                        1 biji telur
                        80 gm majerin
                        225 gm mentega


            CARANYA

Campurkan semua bahan-bahan gaul rata masukkan dalam acuan tart.  Lihat demo.  Masukan dalam oven dan masak.  Bila setengah masak keluarkan masukan filling cheese masak semula 10 minit keluarkan.


            CHEESE FILLING:

                        250 gm cream cheese
                        60 gm gula icing
                        1 biji telur
                        20 gm mentega

            CARANYA

                        Campur semua pukul sedikit dengan sudu kayu





JAPANESE COCONUT PIE


Japanese Coconut Pie

Pastri Manis

250 gm. Marjerin
155 gm. Gula icing
500 gm. Tepung gandum
25   gm.  susu tepung
1 biji telur

Inti kelapa

2 sudu besar marjerin
250 gm kelapa segar
125 gm gula halus
6 sudu susu tepung1 sudu besar tepung kastad
1 biji telur
esen vanilla

Lapisan Atas

100 gm marjerin
125 gm gula halus
1 sudu tepung kastad
125 gm tepung gandum
150 gm kelapa kering
50 ml susu
2 biji telur
2 sudu the serbuk penaik
perahan lemon

1.                  Panaskan ketuhar pada suhu 190 C.
2.                  Untuk buat pastry, pukul majerin dan gula ising dengan ringan. Masukan telur dan pukul sikit.
3.                  Masukan tepung gandum dan susu, gaul untuk jadi doh.
4.                  Canaikan doh setebal 3mm dan Alaskan mangkuk pai 23sm.
5.                  Gunakan garfu cucuk pastry dan bakar pastry setengah masak selama 10 minit.
6.                  Kacau rata-rata bahan inti, isikan dalam mangkuk pai ratakan.
7.                  Untuk membuat lapisan atas, pukul marjerin, gula halus dan tepung kastad hingga kembang.  Masukan telur sebiji demi sebiji pukul rata-rata. Kaup balikan tepung gandum dan serbuk penaik, gaul ringan.  Masukan kelapa kering, susu dan perahan limau.
8.                  Sapukan lapisan atas keatas inti dan ratakan
Bakar pai pada suhu 190 C selama 30 minit.

PAI MAKANAN LAUT


PAI MAKANAN LAUT


Pastri

350 gm. Tepung Gandum
175 gm majerin (sejuk, keras dan dipotong dadu)
1/8 sudu kecil garam
6 sudu besar air sejuk

Bahan-bahan Inti

2 sudu besar minyak
1 ulas bawang besar – cincang
1 biji cili merah   - cincang
1 biji cili hijau     - cincang

2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar air

1 sudu daun parsli
100 gm udang
100 gm ikan merah
75 gm sotong
50 gm isi ketam

Serbuk ikan, gula, garam

2 biji telur            )  bancuh sekali
115 ml susu cair  )

1.         Ayak tepung bersama garam.   Gaul dan ramas tepung bersama majerin hingga jadi serbuk roti.  Tuang air dan uli adunan hingga jadi doh. Rehatkan dalam peti sejuk 30 minit.

2.         Canaikan doh dengan 2 keping plastic setebal 3mm dan terap dengan penerap biskut. Bakar 20 minit.

3.         Panaskan minyak tumis bawang besar, cili merah .

4.                  Masukkan pes kari masukkan udang, isi ketam, sotong, isi ikan dan daun parsli.

5.                  Masukkan inti kedalam kulit pai. Tuangkan bancuhan telur kedalam pai.  Bakar selama 20 minit.  Hias dan hidangkan.

SEAFOOD MUSHROOM QUICHE


Seafood Mushroom Quiche


30gm butter
1 tbsp parsley dipotong
100 gm cendawan butang di sliced
1 tin tuna
8 ekor udang
3 crabstick potong
3 biji telur
200 ml susu cair
150 air
1 tbsp tpg gandum
1 tbsp tpg jagung

Pastry
280 gm tepong gandum
140 gm mentega
2 bj telur
4 tbsp air sejuk
2 tbspcheese

Cara-cara

Panaskan oven 200 C. ayak tepong  dan gaul dgn butter hingga jd breadcrumb. Tambah telur air dan gaul hingga jad doh. Simpan dalam peti sejuk 1 jam.

Canai  doh dan buat tat  dan bakar 15 mt.

Campur telur, susu cair, air , garam, tepong dan tpg jagung kacau hingga rata. Tambah cendawan, tuna, udang dan ketam.


Tuang dalan acuan tat tabor cheese dan serbuk paprika

Bakar 25 mt.

APPLE CRUMBLE


Apple Crumble





Lapisan Epal

3 biji epal hijau besar (Granny Smith)
½ Cawan gula halus

Buang kulit epal dan tengahnya, hiris nipis-nipis. Sapu  majrine pada kaserole.  Atur epal selapis dan tabor gula.  Buat 2 lapisan. Akhir sekali lapisan epal.


Crumble topping


1 ½ cawan tepong gandum
90 gm salt reduce butter
¼ Cawab gula halus
Sedikit serbuk kayu manis

Gaul tepung dan butter hingga menjadi serbuk roti, campur gula.
Taburkan topping atas epal.
Tekan sedikit dengan sudu.  Tabur sedikit kulit kayu manis.
Bakar 40 minit pada suhu 180 C

Hidang panas dengan kastad/cream/ice cream.


EGG TART


 
EGG TART


            BAHAN-BAHAN:

            225 gm mentega
            80 gm gula icing
            20 gm susu tepong
            1 biji telur
            300 gm tepong gandum
            1 tsp baking powder


            CARANYA:


Pukul mentega dengan gula biar kembang sedikit masukkan telur kacau sedikit.  Akhir sekali masukan tepong, susu tepong dan baking powder gaul jadi seketul doh.  Canai terap masukkan dalam acuan.  Bakar 10 minit keluarkan taruh filling bakar lagi 10 minit.


FILLING

A         126 gm air      )  masak sedikit biar sejuk
            60 gm gula     )

B         3 biji telur            ) campur pukul sedikit
            50 gm susu cair   )


Campur A dan B tapis

FRUIT TARTLETS


FRUIT TARTLETS


            BAHAN-BAHAN


                        250 gm mentega
                        250 gm gula castor
                        1 tsp garam
2 biji telur
420 gm tepung gandum


            CARANYA:

1.      campurkan mentega, garam dan gula pukul 1 minit.
2.      Masukan telur , masukan tepong sedikit demi sedikit.
3.      Bentuk dalam aluminium foil dan terus bakar.
4.      Sejukkan baru masukan castad dan buah-buahan.
5.      Akhir sekali curah instant jelly.


CASTART


            Bahan-bahan:

                        150 gm gula
                        secubit garam
                        150 gm susu segar
                        50 gm susu tepong
                        60 gm tepong jagong
                        3 biji telur
                        350 gm air
                        25 gm mentega

Campurkan semua bahan kecuali mentega. Kacau biar pekat baru masukan mentega.



GLAZE


20 gm instant jelly
800 gm air
150 gm gula castor

Campurkan gula dan air , Masak atas api, masukan instant jelly.

Thursday 1 August 2013

NASI TOMATO

BAHAN-BAHAN


1 KG BERAS BRASMATHI
3 KIUB STOK AYAM KNORR
1 TIN KECIL TOMATO PUREE
4 SUDU MAKAN MAJERIN
6 SUDU MAKAN MINYAK ZAITON
6 SUDU MAKAN TOMATO SOS
½ TIN SUSU CAIR
2 LABU BAWANG BESAR
8 ULAS BAWANG MERAH
6 ULAS BAWANG PUTIH
HALIA
2 KULIT KAYU MANIS
4 BUAH PELAGA
3 BUNGA LAWANG
DAUN PANDAN , GARAM
AIR IKUT SUKATAN BERAS (LEPAS RENDAM)

CARA-CARA

1.            RENDAM BERAS SELAMA ½ JAM.  SUKAT BERAS.
2.            TUMIS BAHAN YANG DIHIRIS.
3.            MASUKKAN BAHAN KISAR, PENUMIS, DAUN PANDAN.
4.            MASUKKAN AIR IKUT SUKATAN BERAS (SELEPAS RENDAM).
5.            BIAR MENDIDIH MASUKKAN SUSU, TOMATO, GARAM.
6.            BILA MENDIDIH MASUKKAN BERAS, KACAU DAN TUTUP.
7.            BILA AIR HAMPIR KERING, KECILKAN API.
8.            MASAK HINGGA TANAK.