BAHAN-BAHAN
PERAPAN
1/4 Kg. daging di potong halus
3 batang serai }
1 inci halia }
1/2 inci lengkuas }Hiris dan kisar
2 biji bawang besar }
5 ulas bawang putih }
kunyit hidup }
3 susu besar rempah kurma
garam
gula
cili giling (ikut pedas)
1 kg kacang tanah di sangai dan kisar
2 keping asam
2 batang serai di ketuk
gula kabung
gula pasir
garam
minyak
CARA-CARA
1. Perap daging dengan bahan perapan selama 2-3 jam.
2. Panaskan minyak tumis cili dan serai hingga garing.
3. Masukkan bahan perap dan masak hingga daging empok.
4.Masukkan kacang, air dan asam.
5. Setelah mendidih masukkan gula kabung, gula dan garam secukup rasa.
Sunday, 20 July 2014
DAGING MASAK HITAM PERAK
BAHAN-BAHAN
1 Kg Daging lembu
Kicap kipas udang manis
Kerisek
HIRIS, GORENG & KISAR
1 cekak cili kering
3 Batang serai
3 Biji bawang besar
1/2 Labu bawang putih
1/2 inci Lengkuas
1 inci halia
SANGAI DAN KISAR
2 Sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
PENUMIS
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntuk bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA-CARA
1. Daging di potong dan dibersihkan. Perap dengan kicap selama 2 - 3 jam.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis goreng hingga wangi.
3. Masukkan bahan yang digoreng dan di kisar. kacau hingga naik bau.
4. Masukkan daging kacau rata dan biar hingga mendidih.
5. Masukkan rempah dan gaul hingga rata.
6. Akhirnya masukkan kerisek kacau hingga sebati. Sesuaikan rasa kalau perlu tambah garam dan gula mengikut cita rasa masing-masing.
Wednesday, 16 July 2014
NASI LEMAK PANDAN
BAHAN-BAHAN
6 Pot beras wangi
300 ml santan
6 helai daun pandan kisar dengan 1 cwn air
1 inci halia di mayang
1 biji bawang besar di mayang
garam
CARA-CARA
1. Basuh beras dan toskan.
2. Masukkan halia ,bawang dan garam.
3. Masukkan santan, air pandan dan sukat air secukupnya.
4. Kacau rata dan masak hingga tanak.
5. Hidangkang bersama sambal , telur rebus dan timun.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam potong
BAHAN DI KISAR
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 senduk cili giling
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
BAHAN DIMAYANG
1 biji bawang besar
3 ulas bawang puti
1 inci halia
1 biji tomato
3 sudu besar tomato puree
3 susu besar tomato sos
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
300 ml santan
garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA
1. Ayam dibersihkan di gaul garam kunyit dan goreng hingga masak.
2. panaskan kuali dan masukkan minyak gorengan ayam tadi dan tumis bahan mayang.
3. masukkan kuli kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih. goreng hingga wangi.
4. masukkan daun pandan dan bahan yang dikisar tadi. kacau hingga wangi.
5. Setelah pecah minyak menandakan cili dah masak, masukkan sos tomato dan tomato puree.
6. Masukkan buah tomato yang dibelah. Kacau hingga sebati lalu masukkan santan.
7. kacau hingga kuah mendidih masukkan garam dan gula.
8. Masukkan ayam dan masak hingga kuah agak pekat.
9. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak.
Monday, 14 July 2014
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN
1 Kg beras basmathy
1/2 tin susu cair
6 Sudu besar tomato puree
1 Biji buah tomato
1 kiub ayam
garam
Air ikut sukatan beras
Minyak masak
2 Sudu besar Ghee
Bahan kisar
1 bji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan Tumis
1 Biji bawang besar mayang
5 ulas bawang putih cincang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
CARA-CARA
1. Basuh beras dan rendam sebentar
2. Panas minyak masak dan ghee. Bila panas masukkan bahan tumis. Goreng hingga wangi.
3. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga garing.
4. Masukkan tomato dan tomato puree.
5. Masukkan susu dan air.
6. Bila mendidih masukkan garam dan kiub ayam. kacau hingga rata. Masukkan beras dan masak hingga tanak.
7. Hias dengan bawang goreng dan daun sop.
8. Hidangkan bersama ayam masak merah, jelatah dan dalca.
Saturday, 12 July 2014
SAMBAL TAHUN ISTIMEWA PERAK
Bahan-bahan
1 Mangkuk Serai Hiris
1 Mangkuk Halia Tua Mayang
1 Mangkuk Lengkuas Muda Mayang
3 Biji Bawang Besar
5 Ulas Bawang Putih
1 Genggam Cili Padi
2 Sudu Besar Tauchu
300 gm udang halus dibuang kepala dan ekor
300 ml Santan
Sedikit asam jawa
Belacan
Garam
Gula
Cara-Cara
1. Goreng serai, halia dan lengkuas berasingan hingga layu ..ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan tauchu, kacau hingga garing masukkan udang.
4. Masukkan bahan yang digoreng tadi dan kacau hingga sebati.
5. Masukkan santan dan air asam jawa. Kacau hingga kuah jadi pekat.
6. Masukkan belacan, garam dan gula. Kacau hingga agak kering sedikit .
7. Angkat dan sejukkan. Sesuai dimakan bersama nasi putih dan sangat baik bagi ibu-ibu yang baru bersalin untuk panaskan badan .
1 Mangkuk Serai Hiris
1 Mangkuk Halia Tua Mayang
1 Mangkuk Lengkuas Muda Mayang
3 Biji Bawang Besar
5 Ulas Bawang Putih
1 Genggam Cili Padi
2 Sudu Besar Tauchu
300 gm udang halus dibuang kepala dan ekor
300 ml Santan
Sedikit asam jawa
Belacan
Garam
Gula
Cara-Cara
1. Goreng serai, halia dan lengkuas berasingan hingga layu ..ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan tauchu, kacau hingga garing masukkan udang.
4. Masukkan bahan yang digoreng tadi dan kacau hingga sebati.
5. Masukkan santan dan air asam jawa. Kacau hingga kuah jadi pekat.
6. Masukkan belacan, garam dan gula. Kacau hingga agak kering sedikit .
7. Angkat dan sejukkan. Sesuai dimakan bersama nasi putih dan sangat baik bagi ibu-ibu yang baru bersalin untuk panaskan badan .
Subscribe to:
Posts (Atom)