Sunday, 20 July 2014
DAGING MASAK HITAM PERAK
BAHAN-BAHAN
1 Kg Daging lembu
Kicap kipas udang manis
Kerisek
HIRIS, GORENG & KISAR
1 cekak cili kering
3 Batang serai
3 Biji bawang besar
1/2 Labu bawang putih
1/2 inci Lengkuas
1 inci halia
SANGAI DAN KISAR
2 Sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
PENUMIS
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntuk bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA-CARA
1. Daging di potong dan dibersihkan. Perap dengan kicap selama 2 - 3 jam.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis goreng hingga wangi.
3. Masukkan bahan yang digoreng dan di kisar. kacau hingga naik bau.
4. Masukkan daging kacau rata dan biar hingga mendidih.
5. Masukkan rempah dan gaul hingga rata.
6. Akhirnya masukkan kerisek kacau hingga sebati. Sesuaikan rasa kalau perlu tambah garam dan gula mengikut cita rasa masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan