Tuesday, 10 June 2014
KEK BUAH KUKUS BATU PAHAT
Bahan-Bahan
500 gm Butter
2 Cawan Gula Castor
600 gm Tepong Gandum
1 st Soda Bicarbonat
1/2 st Baking Powder
1/2 st cream of tartar
1/4 st Serbok Pala
600 gm Buah-buahan kering
1/4 st esen Pisang
1 st esen Vanila
1 Cawan Gula Kasar -buat gula hangus
Cara-cara
1. Panaskan kukusan dengan air yang banyak hingga mendidih kecilkan api.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang
3. Masukkan telur sebiji-sebiji
4. Masukkan tepong dan kacau rata
5. Masukkan buah-buahan, esen pisang dan esen vanila
6. Tuangkan gula hangus sambil terus mengacau
7. Tuangkan dalam loyang yang telah diminyakkan bawah dan keliling. Tutup menggunakan aluminium foil
8. Kukus selama 4 jam menggunakan api kecil.
9. Keluarkan kek apabila sejuk baru potong
TALAM SAGO
TALAM SAGO
Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")
· 300 gm sago kecil warna putih
· 60 gm sohoon
· 100 gm kelapa parut putih
· 100 ml santan pekat
· 300 ml air
· 1 sudu kecil garam.
Cara-Cara
- Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
- Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
- Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
- Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Bahan Utk Lapisan Atas
· 4 biji telur
· 300 gm gula pasir
· 400 ml santan pekat
· 400 ml air +3 helai daun pandan(blender dan tapiskan)
· 100 gm tepung kastard
· sedikit pewarna hijau
· 1/8 sudu kecil alkaline water@air abu ( guna 1 sudu kecil air kapur)
· 1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara
- Campurkan semua bahan dan blend rata.
- Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
- Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
- Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.
Subscribe to:
Posts (Atom)