TALAM SAGO
Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")
· 300 gm sago kecil warna putih
· 60 gm sohoon
· 100 gm kelapa parut putih
· 100 ml santan pekat
· 300 ml air
· 1 sudu kecil garam.
Cara-Cara
- Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
- Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
- Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
- Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Bahan Utk Lapisan Atas
· 4 biji telur
· 300 gm gula pasir
· 400 ml santan pekat
· 400 ml air +3 helai daun pandan(blender dan tapiskan)
· 100 gm tepung kastard
· sedikit pewarna hijau
· 1/8 sudu kecil alkaline water@air abu ( guna 1 sudu kecil air kapur)
· 1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara
- Campurkan semua bahan dan blend rata.
- Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
- Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
- Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.
No comments:
Post a Comment
Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan