Wahai anak-anak yang tercinta, perhatikanlah pesanan Lukman ini dan ambillah sebagai pedoman untuk melayari bahtera kehidupan yang penuh pancaroba semoga selamat dunia dan akhirat.
PESANAN LUKMAN AL HAKIM BUAT KITA
1 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan
lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin
selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama
TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
2 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk
menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg
insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima
kemulian dari ALLAH juga.
3 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah
diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia
akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada
ALLAH.
4 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana
kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi
tanam tanaman.
5 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya
berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu
malam.
6 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg
menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar
benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari
rahmat ALLAH.
7 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air
mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan
sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu
besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg
tidak mahu mengerti.
8 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya
mengangkat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua
itu bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
9 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh
sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja
yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah
dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu
telah memberikan akibat yg berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah
orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati,
sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri
pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan,
kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila
makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja
kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu
barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum
tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg
takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta
nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana
engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu
tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak
mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati,
maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana
dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau
mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta
manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya
seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu
padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun
biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai
orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana
itu adalah sifat riya' yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia
dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH
bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina
daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih
selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan
kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti,
janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah
mensia-siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi,
sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan
sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi
berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara
kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu
sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau
tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan
menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau
peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan
dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg
bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
No comments:
Post a Comment
Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan