Bahan-bahan: hidangan untuk 4-5 orang
- 250g tepung gandum
- 2 sk yis mauripan
- 1 sb susu tepung (jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
- 1 sb marjerin/mentega
- 1 sb gula
- 160ml - 170ml air suam (boleh campurkan dengan susu segar)
- 1/2 sk garam halus
Cara-cara:
- satukan yis bersama air suam dan gula. bancuhkan hingga gula larut. kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih.
- di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung. satukan dengan garam, susu tepung dan marjerin/mentega. gaul2kan rata2. buatkan lubang di tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi. kacau dan uli hingga menjadi doh yang licin.
- setelah itu, simpankan doh di dalam bekas yang agak besar dan tutup kemas dengan kain lembab. biarkan ia naik selama 1 jam.
- sementara itu, bolehlah buat kari sardin, kari ikan, kari ayam dsbnya..
- keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kpd beberapa bahagian. bulat2kan doh dan leperkan/canaikan. jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
- panaskan minyak secukupnya utk menggoreng. setelah minyak cukup panas, goreng doh tadi satu persatu. siram2kan roti agar ia naik kembang. goreng hingga keemasan. angkat dan toskan.
lepas uli bulat-bulat dan leperkan, kena tabur tepung sikit supaya tak melekat
selepas goreng inilah hasilnya....siap untuk dimakan dengan kari ayam
yang ini letak bijan ..wangi
No comments:
Post a Comment
Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan