PAI MAKANAN LAUT
Pastri
350 gm. Tepung Gandum
175 gm majerin (sejuk, keras dan dipotong dadu)
1/8 sudu kecil garam
6 sudu besar air sejuk
Bahan-bahan Inti
2 sudu besar minyak
1 ulas bawang besar – cincang
1 biji cili merah - cincang
1 biji cili hijau - cincang
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar air
1 sudu daun parsli
100 gm udang
100 gm ikan merah
75 gm sotong
50 gm isi ketam
Serbuk ikan, gula, garam
2 biji telur ) bancuh sekali
115 ml susu cair )
1. Ayak tepung bersama garam. Gaul dan ramas tepung bersama majerin hingga jadi serbuk roti. Tuang air dan uli adunan hingga jadi doh. Rehatkan dalam peti sejuk 30 minit.
2. Canaikan doh dengan 2 keping plastic setebal 3mm dan terap dengan penerap biskut. Bakar 20 minit.
3. Panaskan minyak tumis bawang besar, cili merah .
4. Masukkan pes kari masukkan udang, isi ketam, sotong, isi ikan dan daun parsli.
5. Masukkan inti kedalam kulit pai. Tuangkan bancuhan telur kedalam pai. Bakar selama 20 minit. Hias dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment
Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan