Wednesday 16 July 2014

AYAM MASAK MERAH


BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam potong

BAHAN DI KISAR

3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 senduk cili giling
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

BAHAN DIMAYANG

1 biji bawang besar
3 ulas bawang puti
1 inci halia

1 biji tomato
3 sudu besar tomato puree
3 susu besar tomato sos
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
300 ml santan
garam dan gula secukup rasa


CARA-CARA
1. Ayam dibersihkan di gaul garam kunyit dan goreng hingga masak.
2.  panaskan kuali dan masukkan minyak gorengan ayam tadi dan tumis bahan mayang.
3. masukkan kuli kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih. goreng hingga wangi.
4. masukkan daun pandan dan bahan yang dikisar tadi. kacau hingga wangi.
5. Setelah pecah minyak menandakan cili dah masak, masukkan sos tomato dan tomato puree.
6. Masukkan buah tomato yang dibelah. Kacau hingga sebati lalu masukkan santan.
7. kacau hingga kuah mendidih masukkan garam dan gula.
8. Masukkan ayam dan masak hingga kuah agak pekat.
9. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak.

No comments:

Post a Comment

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan