Saturday 12 July 2014

SAMBAL TAHUN ISTIMEWA PERAK

Bahan-bahan

1 Mangkuk Serai Hiris
1 Mangkuk Halia Tua Mayang
1 Mangkuk Lengkuas Muda Mayang
3 Biji Bawang Besar
5 Ulas Bawang Putih
1 Genggam Cili Padi
2 Sudu Besar Tauchu
300 gm udang halus dibuang kepala dan ekor
300 ml Santan
Sedikit asam jawa
Belacan
Garam
Gula

Cara-Cara

1. Goreng serai, halia dan lengkuas berasingan hingga layu ..ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan tauchu, kacau hingga garing masukkan udang.
4. Masukkan bahan yang digoreng tadi dan kacau hingga sebati.
5. Masukkan santan dan air asam jawa. Kacau hingga kuah jadi pekat.
6. Masukkan belacan, garam dan gula.  Kacau hingga agak kering sedikit .
7. Angkat dan sejukkan.  Sesuai dimakan bersama nasi putih dan sangat baik bagi ibu-ibu yang baru bersalin untuk panaskan badan .


5 comments:

  1. agak lewat aku jumpa recipe ini, pastinya aku akan cuba.

    ReplyDelete
  2. Cuba la ..ini resepi orang perak..sedap sangat

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dpt juga resepi sambal tahun perak ni. Terima kasih atas perkongsian. Mmg sedap sgt2.

    ReplyDelete
  4. Hari ni InsyaAllah nak buat lagi sambal yg sedap ni

    ReplyDelete
  5. Harap sahabat-sahabat yg jumpa resepi ni dapat mencuba ...sedap sangat

    ReplyDelete

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan