Monday 14 July 2014

NASI TOMATO


BAHAN-BAHAN

1 Kg beras basmathy
1/2 tin susu cair
6 Sudu besar tomato puree
1 Biji buah tomato
1 kiub ayam
garam
Air ikut sukatan beras
Minyak masak
2 Sudu besar Ghee

Bahan kisar

1 bji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Tumis

1 Biji bawang besar mayang
5 ulas bawang putih cincang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 helai daun pandan

CARA-CARA

1. Basuh beras dan rendam sebentar
2. Panas minyak masak dan ghee.  Bila panas masukkan bahan tumis. Goreng hingga wangi.
3. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga garing.
4. Masukkan tomato dan tomato puree.
5. Masukkan susu dan air.
6. Bila mendidih masukkan garam dan kiub ayam.  kacau hingga rata. Masukkan beras dan masak hingga tanak.
7. Hias dengan bawang goreng dan daun sop.
8. Hidangkan bersama ayam masak merah, jelatah dan dalca.

2 comments:

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan