Monday 15 July 2013

NASI MAQLUBAH

Nasi Arab Maqlubah

Bahan-bahan..(untuk 10 orang makan)


(A)
1 ekor ayam dipotong 10
4 cawan beras basmathi


Rempah yang dibancuh dengan secawan air.(B)

6 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah sup(serbuk)
12 cawan air biasa



Sayur-sayuran(C)

2 batang lobak merah(potong dadu besar)
2 batang terung panjang (potong dadu besar)
2 biji kentang (potong 8)
bunga kobis dipotong sederhana besar(saya tak letak)

Cara:

Goreng dalam minyak baru hingga keperangan. Goreng asing2.





Salata(D)

2 biji timun(potong dadu)
3 biji tomato(potong dadu)
5 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa.

Cara:

Campur semua. Simpan dalam peti.


Sos(E)

5 biji cili merah
2 biji cili padi
1 biji tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan air

Cara:

1- Masukan semuanya ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Keluarkan dan tambah garam, gula secukup rasa. Lebihkan manis untuk sos yang sedap.




Tumis(F)

5 ulas bawang merah (mayang)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (Dihiris halus)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga

Cara :

1- Panaskan 5 sudu minyak. Tumiskan bahan tumis hingga keperangan dan berbau wangi.
2- Masukkan rempah. Kacau rempah supaya tidak hangus. Tumis hingga pecah minyak.
3- Masukkan 12 cawan air ke dalam periuk. Masukkan ayam. Masak hingga mendidih dan ayam masak.
4- Masukkan garam secukupnya.


Cara masak nasi

1- Basuh beras, rendam 10minit dan toskan.(Basmathi). Masukkan ketulan ayam. Susun atas beras. Taburkan sayuran atas ayam.

2- Masukkan 8 cawan air rebusan ayam tadi Ke dalam periuk nasi.(kacau air rebusan setiap kali menceduk supaya rempah tidak mendap)

3- Masak nasi macam biasa.

Sup

1- Masak semula air rebusan untuk dijadikan sup Tambah air, garam secukup rasa.







AYAM SAMBAL DAUN KARI


Bahan-bahan:

1 ekor ayam potong kecil
2 genggam cili kering di rebus  }
2 biji bawang besar                 } mesin
5 ulas bawang putih                 }
2 biji bawang besar hiris
1 inci halia mayang
5 ulas bawang putih mayang
3 helai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
kicap kipas udang
garam dan gula secukup rasa

cara-cara

1.  ayam dipotong kecil dibersihkan dan gaul garam kunyit dan di goreng hingga masak.
2. cili kering, bawang besar dan bawang putih di mesin.
3.  panaskan minyak dan tumis bahan yang di mayang serta kulit kayu manis dan bunga lawang hingga kuning dan wangi.
4.  Masukkan bahan mesin kacau dan goreng hingga garing.  Masukkan daun kari.
5.  Bila semua bahan sudah garing masukkan kicap secukup rasa dan masukkan ayam.  Gaul hingga semua sebati.
Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak.  sedap juga dinikmati bersama lemang dan ketupat.


Sunday 14 July 2013

ROTI COKLAT MARBLE


ROTI COKLAT MARBLE
Bahan-bahanya.
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula ( roti ni kira nya tawar sikit nak tambah 1/2 sudu kecil lagi gula pun boleh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-Caranya
1.Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je. (  Penggunaan BM-bila doh dah siap boleh terus bentukkan, skip langkah 2)

2. ( uli tangan) perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.

3.Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.

-Cara Memarblekan Doh-

a) satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.



b)tutupkan keseluruhan adunan tadi



c) potong tiga adunan, jangan sampai terputus ye di bahagian atas tu, dan anyam bentuk tocang.



d) letak dlm sandwish loaf.



e) Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.



4. Akhir sekali, setelah roti masak,  keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Sedap dimakan begitu sahaja ataupun dicicah dengan Milo ataupun Kopi O, nak sapu krim coklat  ( nuttella) pun sedap juga, kanak-kanak pasti menggemarinya. : )

Thursday 11 July 2013

NASI BERIANI

Briyani Sedap Rempah Pakistan
Bahan-bahan:

3 cawan beras Basmathi (cuci bersih dan rendam 30 minit)

500 - 750 g daging lembu/kambing/ayam
5 ulas bawang
3 ulas bawang putih
4 biji tomato (belah empat)
4 biji kentang (dadu sederhana)
1 inci halia
1/2 cawan tairu/yogurt
1 cili hijau/merah (belah dua atau hiris)
Sedikit daun Ketumbar segar
Sedikit daun pudina
1 cawan minyak masak
1 paket rempah Briyani Pakistan (atau rempah Briyani biasa)


Cara Memasaknya

1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan bawang putih sampai wangi.
2. Masukkan ayam/daging/lembu.
3. Apabila dah separuh masak masukkan kentang dan tomato.



4. Selepas lebih kurang 10 minit, masukkan rempah Briyani, yogurt dan cili. Kacau sebati dan tutup kuali/periuk.




5. Renehkan sampai kuah tinggal dalam dua cawan saja. Kalau tak cukup, tambah air. Mesti dapat dua cawan.
6. Kemudian tuang dalam peiuk nasi. Masak sekejap.
7. Sementara itu, tanak nasi di atas dapur biasa dan kacau berulang kali sampai nasi separuh masak. Apabila air hampair kering, angkat nasi ini dan tuang ke dalam periuk nasi berisi ayam Briyani tadi.
8. Jangan kacau lagi. Masak sampai benar-benar tanak. Apabila nasi sudah masak, baru kacau sebati nasi ini dengan gulai Briyani tadi. Tabur daun ketumbar dan daun pudina.
9. Kalau suka, boleh juga tabur gajus dan kismis.
10. Hidangkan untuk keluarga tercinta.

LOMPANG

BAHAN-BAHAN


A         50 GM GULA CASTER
            150 GM GULA MERAH
            375 GM AIR
            DAUN PANDAN

B         75 GM TEPONG BERAS CAP BUNGA
            75 GM TEPONG UBI
            2 TBSP TEPONG JAGONG
            1 TSP AIR KAPUR
            ½ TSP GARAM
            375 ML AIR PAIP

CARA-CARA

  1. MASAK BAHAN A SEHINGGA MENDIDIH, GULA HANCUR.

  1. BANCUH SEMUA BAHAN B, KACAU RATA-RATA.

  1. BAHAN A PANAS-PANAS DAN TUANGKAN KE BANCUHAN B..  KACAU-KACAU DAN TAPIS.

  1. MULAKAN MENGUKUS.

CUCUR BADAK


CUCUR BADAK

INTI


A         100 GM CILI KERING REBUS, BLEND
            80 GM BAWANG MERAH
            80 GM BAWANG PUTIH
            80 GM UDANG KERING
            2 BTG. SERAI + HALIA

B         200 GM GULA PUTIH
            2TSP GARAM
            ½ TSP AJINOMOTO

C         750 GM KELAPA PARUT PUTIH (KUKUS 15 MT)

D         200 ML MINYAK UNTUK MENUMIS

CARA-CARA

  1. BLEND SEMUA BAHAN A SEHINGGA HALUS. PANASKAN MINYAK.  MASUKKAN DALAM KUALI DAN MASAK.

  1. BILA SEPARUH MASAK MASUKKAN BAHAN B.  MASAK HINGGA AIR KERING.

  1. MASUKKAN C.  KACAU RATA DAN KERING.

BAHAN-BAHAN


1 KG UBI KELEDEK
250 GM TEPONG GANDUM
2 TSP GARAM

CARA-CARA

  1. KUPAS KELEDEK ,BERSIHKAN DAN TIMBANG.

  1. KUKUS KELEDEK SEHINGGA SEHINGGA LEMBUT.

  1. BILA TELAH LEMBUT TEKAN PANAS-PANAS.

  1. GAULKAN DENGAN GARAM DAN TEPONG GANDUM (SEWAKTU PANAS-PANAS).

  1. BULAT-BULATKAN MASUKKAN INTI DAN SEDIA UNTUK DIGORENG ATAU FROZEN.

PULUT PANGGANG


INTI


A         100 GM CILI KERING REBUS, BLEND
            80 GM BAWANG MERAH
            80 GM BAWANG PUTIH
            80 GM UDANG KERING
            2 BTG. SERAI + HALIA

B         200 GM GULA PUTIH
            2TSP GARAM
            ½ TSP AJINOMOTO

C         750 GM KELAPA PARUT PUTIH (KUKUS 15 MT)

D         200 ML MINYAK UNTUK MENUMIS


CARA-CARA

  1. BLEND SEMUA BAHAN A SEHINGGA HALUS. PANASKAN MINYAK.  MASUKKAN DALAM KUALI DAN MASAK.

  1. BILA SEPARUH MASAK MASUKKAN BAHAN B.  MASAK HINGGA AIR KERING.

  1. MASUKKAN C.  KACAU RATA DAN KERING.

PULUTNYA

1KG BERAS PULUT
600 GM SANTAN
200 GM AIR
3 TSP GARAM

CARA-CARA

KUKUS BERAS PULUT HINGGA MASAK.  JANGAN KUKUS TERLALU LEMBIK

AMBIL DAUN PISANG LETAKKAN PULUT , LEPERKAN DAN LETAK INTI.
GULUNG DAN LEKATKAN HUJUNG DENGAN STAPLER ATAU LIDI.

APAM BUTTER

BAHAN-BAHAN



A         UNTUK CARAMEL

            200 GM GULA PUTIH
            200 GM AIR PAIP
            250 GM BUTTER

BAHAN-BAHAN LAIN

B         250 GM GULA CASTOR
            3 BIJI TELUR
            2 TSP SODA BICARBONATE

C         1 TIN SUSU CAIR

D         300 GM TEPONG SUPERFINE/TEPONG KEK


CARA-CARA

1.                  BUATKAN CARAMEL DARI BAHAN A.
2.                  MASUKKAN SEMUA BAHAN B DAN PUKUL HINGGA KEMBANG.
3.                  MASUKKAN BAHAN C DAN PUKUL LAGI.
4.                  MASUKKAN D DAN PUKUL PERLAHAN DAN SEBENTAR SAHAJA.
5.                  AKHIR SEKALI MASUKKAN BAHAN A. PUKUL SEBENTAR.
6.                  PERAP SELAMA 6 JAM DAN KUKUS.


TALAM UBI


Loyang 10 x 10 x 3
Alas plastik sapu minyak

Bahan-bahannya


            700 gm ubi kuning parut dan timbang
            100 ml santan
            300 ml air
            250 gm gula castor

Cara-cara

1.        Masak semua bahan diatas sehingga pekat.
2.        Tuangkan kedalam loyang kukus selama 25 minit.


Kepala

Bahan-bahan


            70 gm tepong beras
            50 gm tepong ubi
            1 ½ tsp garam
            300 ml santan
            700 ml air

cara-cara

1.          Bancuh semua bahan-bahan diatas.
2.          Tapis kedalam periuk masak sehingga naik wap agak pekat sedikit.
3.          Tuangkan keatas .

CARA MANIS


CARA MANIS



Bahan-bahannya


            250 gm tepong gandum
            2 biji telur
            ½ tsp garam
            200 ml santan
            400 ml air + 100 ml air pandan + warna hijau apple
            2 tbsp ghee / minyak jagong

Cara-cara

1.        Blend semua bahan-bahan diatas.
2.        Mulakan membakar acuan buah cermai- sapu minyak.
3.        masukan bancuhan tadi, letakan ½ tsp gula ditengah-tengah.  Tutup bila masak, angkat dan jadikan sepasang.

BINGKA BERAS


BINGKA BERAS


            BAHAN-BAHAN

                        210 gm tepong beras cap 3 gajah

                        100 gm tepong green peas

                        450 gm gula halus

                        1 tsp garam halus

                        600 ml santan pekat

                        1700 ml air


            CARA-CARA

1.                  Bancuh semua bahan-bahan diatas.  Tapis kedalam periuk.
2.                  Masak sehingga naik wap dan agak pekat.  Tuang kedalam loyang dan bakar ketahap 180 C selama 1 jam.
3.                  Keluarkan tunggu sejuk baru dipotong.                   







KOLEH KACANG


KOLEH KACANG

           
           
            TRAY 10 X 10 X 1

            BAHAN-BAHAN:

            A         400 gm gula merah
                        100 gm gula putih
                        300 ml air

            B         300 gm tepong kacang hijau
                        1 tsp garam

            C         400 ml santan
                        1300 ml air


            CARA-CARA:

1.      Masak bahan A sehingga mendidih dan semua gula jadi cair dan hancur. Tapiskan.
2.      Satukan bahan B dan C kacau.  Tapis kedalam kuali.
3.      Masukan bahan A tadi.  Kacau atas api sederhana besar selama ½ jam.
4.      Bila masak tuang dalam loyang dan taburkan tahi minyak.

KUEH LAPIS KACANG MERAH


KUIH LAPIS KACANG MERAH



BAHAN-BAHAN:


            A         500 gm Gula Castor
                        1200 ml air
                        sedikit daun pandan

            B         1 peket tepong  beras cap teratai
                        50 gm tepong gandum
                        1 ½ tsp garam
                        500 ml santan pekat
                        1200 ml air

            C         300 gm kacang merah
                        Timbang setelah siap direbus


CARA-CARA:

1.                  Masak bahan A, sehingga mendidih.
2.                  Satukan semua bahan B. Kacau rata-rata.  Bila bahan A mendidih terus curahkan kedalam bahan B.
3.                  bahagikan bahan yang tersebut kepada dua

Putih            700 ml
Merah           (selebihnya dibubuh pewarna rose pink)

4.                  Mulakan melapis

Merah---Putih---Merah---Merah (+ kacang merah) ---Merah---Putih---Merah

5.                  Lapisan terakhir masak selama ½ jam.


ROTI PURI

RESEPI MASAKAN INDIA: PURI
Dari blog: mamak haji
Resepi ini paling ringkas dan menggunakan bahan masakan yang kosnya paling minima. Untuk peniaga ia memberi keuntungan yang tinggi. Sesiapa yang berminat meniaga di Bazar Ramadhan nanti boleh tambahkan sebagai menu tambahan atau sampingan dalam perniagaan Bazar ramdhan. Jangan lupa cuba dari sekarang mendapatkan resepi yang tepat untuk perniagaan.
Bahan-Bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan (cup) tepung gandum.
  • 2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
  • 1/4 sudu kecil (tsp) garam.
  • 1 sudu kecil susu tepung (sekiranya anda ingin puri lembut dan berlemak).
  • 1/2 sudu kecil (tsp) gula.
  • Air suam Masukkan secukup untuk membuat doh.
CARA-CARA MEMBUAT DOH:
1.  Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dalam sebuah bekas. Adunkan semua bahan-bahan ini supaya rata.
2. Masukan sedikit demi sedikit air suam dan uli tepung. Uli tepung sehingga anda mendapat doh seperti doh capati.
3. Biarkan keseluruhan doh tersebut di selimuti kain yang lembab selama 20 minit.
4. Bahagi-bahagikan doh itu beberapa bentuk bebola sama saiz yang berukuran sebiji buah lemon. (saiznya separuh dari saiz bebola roti canai atau capati. Titiskan beberapa   titis minyak masak atas papan peleper (supaya tidak melekat) dan leperkan bentuk bulat bulat yang tebalnya sama ketebalan roti capati. Sekiranya anda tidak mempunyai papan dan kayu peleper (roller), anda boleh uli di atas keratas plastik dengan menggunakan botol bulat yang berbalut dengan plastik. Kalau mampu, dapatkan sebuah set peleper doh tepung yang sangat berguna di dapur anda.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan mula goreng puri.Untuk gorengan yang terbaik sila baca tip-tip yang mamak haji berikan.
TIP-TIP UNTUK MENYEDIAKAN PURI YANG TERBAIK:
PURI YANG SEDIA UNTUK GORENG.
Sebelum anda mula membuat puri, sila baca tip-tip mamak haji:
  1. Doh tepung puri yang telah diuli perlu diperam selama 20 minit disalut dengan kain lembab sebelum dikepingkan.
  2. Bila membuat kepingan puri jangan ditindeh satu sama lain. Gorengan puri perlu lakukan satu persatu. Meleperkan puri, gunakan sedikit minyak di atas permukaan papan peleper dari menggunakan tepung untuk mengelakan melekit dipemukaannya.
  3. Ini rahsia membuat puri yang lembut dan mengekalkan gelembung dalam keadaan panas dan sejuk. Semasa mengadunkan tepung gandum tambahkan 1 sudu besar tepung suji bersama dengan tepung gandum. Tepung suji kemampunan mengekalkan gelembung puri .
  4. Minyak gorengan puri perlu panas yang cukupsemasa gorengan. Minyak yang kurang panas akan menyerapkan minyak berlebihan dalam puri. Biasanya minyak panas perlu berada 375 F – 400F. Paras minyak dalam kuali perlu berada 3 inci untuk  puri mudah terapong.
  5. Selepas masukkan puri yang perlu digoreng, beri sedikit tekanan dengan sudip ke atas gelembung pertama yang dihasilkan, supaya gelumbung keseluruhan di perolehi dengan baik. Puri yang baik adalah lembut, begelumbung sempurna dan ringan.
RESEPI ALU GOBI: PENCICAH PURI
Bahan-Bahan:
  • Rebus 5-7   biji ubi kentang sederhana besar, rebus sehingga empuk. Buang air rebusan dan kopek kulit kentang. Potong dadu. Asingkan.
  • 1 biji bawang besar dihiris halus.
  • 2 biji cili hijau dihiris.
  • 2 biji tomato dipotong dadu.
  • 1 sudu kecil (tsp) biji jintan putih.
  • 2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
  • 1 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
  • 2 sudu kecil (tsp) serbuk garam masala.
  • 1 sudu kecil (tsp) garam.
  • 3 sudu besar minyak masak.
  • 1 pokok ketumbar. Asingkan batang dan daun. Batang dan daun dihiris halus.
  • 1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
  • 1 cawan kacang campur (frozen) sejuk beku. Direndam dalam air. Ditoskan.
CARA MASAK:
1.         Panaskan kuali dan masukan minyak. Bila minyak panas masukan biji jintan putih dan bawang hiris. Bila warna bawang mula bertukar wanrna keperangan, masukkan batang ketumbar.  Sekiranya anda tidak menyukai bau ketumbar boleh gunakan batang dan daun pokok daun sup.

2.         Masukkan segera serbuk kunyit, serbuk cili dan garam.

3.         Masukkan pes halia bawang putih, dan sebatikan semua rempah menjadikan pes.

4.         Masukkan kacang campur dan gaul rata. Bila bau harum mula dikeluarkan masukkan  ubi kentang rebus dan sebatikan dengan perencah. Masukkan cili hijau an garam masala.  Masukkan tomato dan gaul rata. Masak dalam 2-3 minit saja. Aloo Gobi anda sudah siap.

5.         Tutup api dapur dan hidangkan dengan taburkan daun ketumbar yang telah sediakan. Jamulah dengan puri bersama dengan aloo gobi anda. Sekiranya anda tidak menyukai hidangan asli ini anda boleh juga jamu puri anda dengan sambal tumis ikan bils atau pun daging cincang.


CREPE DURIAN

Bahan-bahan- Adunan Crepes
  • 30 gm tepung Hong Kong/tpng gandum / guna 4 sudu besar rata
  • 30 gm tepung kastard-/ guna 4 sudu besar rata
  • 20 gm tepung jagung / guna 2 sudu besar rata
  • 20 gm tepung ubi / guna 2 sudu besar rata
  • 20 gm tepung kentang/ tepung sagu/ tpng hoon kwee / guna 2 sudu besar rata
  • 3 biji telur
  • 1/4 sudu teh garam
  • 250 ml susu cair- suhu bilik
  • 1 sudu besar mentega cair/minyak masak
  • Pewarna kuning- optional
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
  4. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
  6. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Inti Kastard Durian
  • 250 ml susu cair
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 biji kuning telur
  • 150 gm isi durian
  • Non-dairy whip cream -secukupnya
Cara-cara
  1. Satuan semua bahan kastard, kisar sebentar hingga isi durian hancur. Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental. Sejukkan dulu.
  2. Simpan dalam peti sejuk sebelum diisi kedalam dadar/ crepe bersama whip cream.
Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
Kemudian campurkan ke dlm krim kastard durian kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati. Jika adunan berketul, masukkan dlm mixer dan pukul sekejap je anggaran ia sebati dan kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.
Cara Penyediaan
  • Kepingan crepe ~ secukupnya
  • Krim Kastard ~ secukupnya
  • Isi durian ~ secukupnya
  1. Letakkan sekeping crepe
  2. Letakkan krim kastard di atasnya
  3. Kemudian letakkan isi durian
  4. Tutup kembali denga krim kastard
  5. Lipat seperti kita melipat sampul surat/ kuih lepat.
  6. Buat sehingga habis Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin