Wednesday, 12 December 2012
TAHU SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN
3 Keping tahu di potong 2
1 Biji Bawang besar dimayang
3 Ulas Bawang putih dihiris
1 Inci halia dimayang
2 Sb sos tiram
1 Sb tepong jagung campur sedikit air
1 biji tomato dipotong 8
5 biji cili padi di belah
daun bawang potong panjang
Sedikit serbok perasa
1 mangkuk air
CARA-CARA
1. Panaskan minyak hingga panas masukkan tahu, balikkan dan angkat. Jangan lama nanti tahu keras.
2. Keluarkan minyak tinggalkan sikit untuk menumis.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia, masak hingga layu.
4. Masukkan sos tiram , air dan tepong jagung biar mendidih.
5. Masukkan tahu, daun bawang, cili dan tomato kacau sebentar.
6. Angkat dan hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan