Sunday 18 August 2013


Assalamualaikum
para pengunjung yang dihormati dan dikasihi
Blog ini saya usahakan atas inisiatif supaya anak-anak saya dapat memasak resepi yang biasa saya sediakan untuk mereka setiap hari dan setiap jamuan yang saya sediakan untuk tetamu-tetamu dan saudara mara yang bertamu kerumah. 
alhamdulillah hampir setiap minggu rumah kami dikunjungi saudara mara dan sahabat handai dari jauh dan dekat.  saya sangat gemar memasak dan meghidangkan mereka dengan berbagai-bagai juadah dari main course hingga pencuci mulut semuanya saya masak sendiri khas untuk para tetamu saya.  Gembira melihat tetamu-tetamu menikmati juadah saya dan ini cukup untuk menghilangkan penat dan lelah sewaktu bersilat didapur.
Anak-anak turut gembira bersama-sama menikmati pelbagai juadah dan tentulah merekalah yang terpaksa menghabiskan segala baki hidangan selepas tetamu-tetamu pulang.  Kemudian sama-sama membersih pinggan mangkuk serta periuk belanga.
Saat-saat gembira ini memberi banyak kenangan manis kepada mereka dan yang paling dikenang ialah makanan-makanan kegemaran mereka yang dimask dengan penuh kasih sayang.
khas untuk anak-anak yang disayangi mak tulis resepi-resepi masakan kegemaran keluarga kita supaya ianya mudah untuk di cari walau dimana saja kalian berada tanpa perlu selongkar almari dapur untuk mencari buku resepi mak.  Rajin-rajin mencuba dan mak nak semua anak-anak mak memasak sendiri makanan untuk cucu-cucu mak supaya mereka dapat menikmati keenakan masakan air tangan ibu.
Selamat memasak ...masak dari hati membawa kita kesyurga.

No comments:

Post a Comment

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan