Friday 2 August 2013

JAPANESE COCONUT PIE


Japanese Coconut Pie

Pastri Manis

250 gm. Marjerin
155 gm. Gula icing
500 gm. Tepung gandum
25   gm.  susu tepung
1 biji telur

Inti kelapa

2 sudu besar marjerin
250 gm kelapa segar
125 gm gula halus
6 sudu susu tepung1 sudu besar tepung kastad
1 biji telur
esen vanilla

Lapisan Atas

100 gm marjerin
125 gm gula halus
1 sudu tepung kastad
125 gm tepung gandum
150 gm kelapa kering
50 ml susu
2 biji telur
2 sudu the serbuk penaik
perahan lemon

1.                  Panaskan ketuhar pada suhu 190 C.
2.                  Untuk buat pastry, pukul majerin dan gula ising dengan ringan. Masukan telur dan pukul sikit.
3.                  Masukan tepung gandum dan susu, gaul untuk jadi doh.
4.                  Canaikan doh setebal 3mm dan Alaskan mangkuk pai 23sm.
5.                  Gunakan garfu cucuk pastry dan bakar pastry setengah masak selama 10 minit.
6.                  Kacau rata-rata bahan inti, isikan dalam mangkuk pai ratakan.
7.                  Untuk membuat lapisan atas, pukul marjerin, gula halus dan tepung kastad hingga kembang.  Masukan telur sebiji demi sebiji pukul rata-rata. Kaup balikan tepung gandum dan serbuk penaik, gaul ringan.  Masukan kelapa kering, susu dan perahan limau.
8.                  Sapukan lapisan atas keatas inti dan ratakan
Bakar pai pada suhu 190 C selama 30 minit.

No comments:

Post a Comment

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan