Sunday 18 August 2013

MENU RAYA KELUARGA


SOTO AYAM BEREMPAH

1 Peket nasi impit direbus 2 jam

1 ekor ayam potong 12
kaki dan tulang ayam (lagi banyak lagi sedap)
3 batang serai
2 inci halia
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
10 bj. buah keras
Lengkuas sebesar 2 jari
1 senduk besar rempah kurma adabi
2 kiub ayam
Garam
minyak untuk menumis

1. isi ayam digaul garam kunyit dan digoreng.  Bila sejuk carik isinya halus.
2. Rebus tulang ayam hingga lembut.
3. Kisar serai, halia, bawang besar, bawang putih dan buah keras.
4. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi masukkan 1 batang kulit kayu manis dan 5 kuntum bunga lawang. bila naik bau masukkan rempah kurma.
5. Masukkan bahan tumisan tadi kedalam periuk sup tulang tadi. masak hingga mendidih. masukkan lengkuas , kiub ayam dan garam.  sesuaikan rasa .


sambal kicap
cili padi
bawang putih
Kicap manis kipas udang
cuka

kisar semua bahan


bahan-bahan hiasan
Ayam carik
Bergedil
daun sup
daun bawang
taugeh
soon goreng
kacang tanah goreng
bawang goreng

No comments:

Post a Comment

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan