Wednesday 27 March 2013

2. MURAH HATI

Surah Al-Furqan ayat  63

"... dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."

Mengucapkan kata-kata yang baik ertinya membebaskan perkataan dari dosa, celaan dan akibat yang kurang baik. Tidak membalas keburukan dengan keburukan meskipun mereka mempunyai kuasa untuk membalasnya.

Mereka mengucapkan perkataan yang benar demi untuk kepentingan akhirat, menolong agama Allah dan menegakkan kebenaran di muka bumi.

Firman Allah

"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata : Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu, selamat tinggal kamu, kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang jahil."

(surah Al-Qasas : 55)

Ibadurrahman akan mengucapkan kata-kata yang baik apabila orang jahil menyapa mereka. maksud jahil disini bukan orang yang tiada ilmu tetapi diertikan sebagai orang yang buruk akhlaknya.


No comments:

Post a Comment

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan