Monday 25 March 2013

Japanese Croquette (korokke)


Croquette adalah sejenis snek berbentuk bujur dan kelihatan seperti nuget. Orang jepun memanggil coroquette sebagai korokke . Isi Croquette ialah kentang dan beberapa bahan lain. Bagi ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang susah makan, Anda boleh cuba menghidangkan Croquette untuk anak-anak anda.Oleh itu, jom kita tengok bahan yang diperlukan untuk penyediaannya
 
  
Enjoy!
Korokke 10



Bahan-bahan :
3-4 biji kentang
seledri atau daun bawang yang dipotong halus
1/2 biji bawang Bombay yang dipotong halus
150 gram ayam atau daging cincang
serbuk roti
cheese
2 biji telur yang dipukul
garam
lada sulah
minyak untuk menggoreng
Cara masakan :
1.Rebuskan kentang yang sudah dibuang kulit hingga lembut/empuk

2.Lenyekkan isi kentang yang lembut tadi di dalam mangkuk.

3.Panaskan minyak. Setelah minyak panas,tumiskan bawang hingga  naik bau. Kemudian masukkan ayam cincang dan kacaukan sehingga masak.Setelah itu, masukkan pula daun bawang atau sadri, garam dan lada sulah secukup rasa

4.Masukkan bahan yang sudah digoreng kedalam mangkuk berisi isi kentang,  Tambahkan cheese mengikut citarasa . Kemudian kacau hingga rata.

5.Buat adunan tadi berbentuk bulatan atau bujur

6. pukul telur, celupkan adunan kentang tadi dan balut dengan serbok roti.

7.Akhir sekali,gorengkan dengan minyak yang panas.

8.Siap untuk dihidangkan! Sedap dihidangkan dengan sos.

Selamat menjamu selera!

No comments:

Post a Comment

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan