Sunday 24 March 2013

ROTI ARAB


 



Bahan-bahan: hidangan untuk 4-5  orang
  • 250g tepung gandum
  • 2 sk yis mauripan
  • 1 sb susu tepung (jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
  • 1 sb marjerin/mentega
  • 1 sb gula
  • 160ml - 170ml air suam (boleh campurkan dengan susu segar)
  • 1/2 sk garam halus
Cara-cara:

  1. satukan yis bersama air suam dan gula. bancuhkan hingga gula larut. kemudian biarkan  sebentar sehingga yis berbuih.
  2. di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung. satukan dengan garam, susu tepung dan marjerin/mentega. gaul2kan rata2. buatkan lubang di tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi. kacau dan uli hingga menjadi doh yang licin.
  3. setelah itu, simpankan doh di dalam bekas yang agak besar dan tutup kemas dengan kain lembab. biarkan ia naik selama 1 jam.
  4. sementara itu, bolehlah buat kari sardin, kari ikan, kari ayam dsbnya..
  5. keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kpd beberapa bahagian. bulat2kan doh dan leperkan/canaikan. jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
  6. panaskan minyak secukupnya utk menggoreng. setelah minyak cukup panas, goreng doh tadi satu persatu. siram2kan roti agar ia naik kembang. goreng hingga keemasan. angkat dan toskan.

lepas uli bulat-bulat dan leperkan, kena tabur tepung sikit supaya tak melekat


selepas goreng inilah hasilnya....siap untuk dimakan dengan kari ayam



yang ini letak bijan ..wangi



No comments:

Post a Comment

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan