Monday 25 March 2013

MURTABAK KRAKER


 potong  masa  masih  panas2  tak  berapa  kemas




lapisan  ke  2


Loyang 9x9x3

bahan  lapisan  biskut:27  keping  biskut  krackers (1  lapis  9  keping. ngam2  dgn  loyang  di atas)
400 ml  santan
1  cawan  susu  cair
6  biji  telur

kesemua  bahan  dicampur  sebati  kecuali  biskut. (bahagi  kepada  3 bekas)
Untuk Lapisan Daging
  • 400 gm ayam/ daging kisar
  • 3 biji bawang besar dicincang halus
  • 1 paket kecil serbuk kari daging/ 3 Sb
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang lobak merah diparut
  • 1 tangkai cili merah- di cincang
  • daun bawang daun sup dicincang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa, sedikit gula
Cara Masak Inti:
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.
  2. Panaskan minyak tumis pes basah sehingga gareng dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.
  3. Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.
  4. Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.
Cara Buat Lapisan Kraker.
  1. Rendam 9 keping krackers dalam campuran susu dan santan tadi. Rendam dlm 1 minit je.
  2. Oleskan 9 x 9 dulang pembakar dengar mentega.
  3. Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
  4. Lapiskan dengan lapisan daging.
  5. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
  6. Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.
  7. Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
  8. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
  9. Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 190C. ( buat 2 lapisan daging dan 3 lapisan biskut kraker, bahagian atas di akhiri dengan biskut krakers)
3 LAPISAN  BISKUT  2  LAPISAN  INTI

No comments:

Post a Comment

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan