Monday 25 March 2013

Sifat Ibadurrahman yang pertama TAWADUK

Mereka berjalan dimuka bumi dengan rendah hati, tawaduk dan lemah lembut, berjalan dengan penuh kewibawaan dan kehormatan. Tidak dengan sikap sombong, tidak merasa lebih tinggi dari sesiapa pun dan tidak bongkak.  mereka berjalan sebagai orang yang mengetahui bahawa mereka berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah. Dala msurah al-Isra' menyebut larangan berjalan dengan sombong, riak dan berbangga diri:

"Dan janganlah kamu berjalan dimuka bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang"
                                                                                               (Surah al-Israa': 37)

wasiat Luqman kepada anaknya ketika dia memberikan pelajaran kepada anaknya

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan dimuka bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata) sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."
                                                                                                          (Surah luqman: 18-19)

No comments:

Post a Comment

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan