Sunday 9 December 2012

FISH & CHIP WTH GARLIC BREAD




















BAHAN-BAHAN untuk 10 orang

2  peket ikan dori (4 kpg besar)
bread crumbs
2 Biji Telur di pukul ringan
5 Sudu Besar Tepong Gandum
1 Sudu Teh Stok Ayam
Minyak untuk Menggoreng

1.  Ikan dicuci dan di potong. Toskan air hingga kering.
2.  Panaskan minyak dalam kuali.
3.  Campurkan Tepong gandum dan stok ayam, gaul rata.  Letakkan dalam bekas yang besar , ratakan.
4.  Aturkan bekas tepong, telor dan bread crumbs.
5.  Ambil 1 keping ikan gaul dengan tepong kemudian celup telur dan golekkan dengan bread crumbs.
6.  Goreng dalam minyak yang panas hingga garing.
7.  Hidangkan bersama salad, salad kentang, coleslow, sos lada hitam, sos thousand island dan chip kentang.

Salad Kentang

1 Kg Kentang Salad
Mayonies
1 Biji Bawang Besar di cincang
4 Ulas Bawang Putih di cincang
Lada Hitam
Garam
Cuka kurma
Daun bawang, daun ketumbar

Campur semua bahan dan simpan dalan peti sejuk.

Coleslow

1/2  Biji kobis di cincang halus
1 batang caron di dadu halus
Mayonies

Campur semua bahan dan simpan dalam peti sejuk.

Garlic bread

2 Roti Peranchis di potong
5 ulas bawang putih cincang
50 gm butter
sedikit herba oregano atau rosemary

Campurkan bawang putih, oregano dan butter.  Kacau hingga sebati.  Sapukan pada roti dan bakar pada suhu 150 C 5 minit.


No comments:

Post a Comment

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan