Saturday 1 December 2012

PAVLOVA


Pavlova ni mak buat untuk hari jadi kak ngah .  




BAHAN-BAHAN

6 biji putih Telur
1 Cawan Gula Kastor (kalau suka manis tambah 1/2 cwn)
11/2 Sudu besar Tepung Jagung
1 Sudu teh Cuka
1 Sudu teh esen vanila

CARA-CARA

1. Panaskan oven 140 C
2. Pukul putih telur dgn high speed kemudian masukkan gula sikit-sikit sampai habis.  Putar lagi hingga kental dan berkilat.
3. Masukkan tepung jagung dan putar lagi.
4. Masukkan cuka dan esen vanila. putar hingga sebati.
5. Sediakan loyang dan alas dengan kertas minyak
6. Letakkan adunan kedalam loyang dan bakar dengan suhu 130 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga adunan jadi garing.
7. Bila dah garing bahagian atasnya tutup api , biarkan sekejap sebelum dikeluarkan.  Renggangkan pintu oven.
8.  Sejukkan kemudian hiaskan dengan cream dan buah-buahan segar.

CREAM

300 gm whipping cream diputar hingga gebu.

HIASAN

buah kiwi
buah mangga
buah anggur hitam
buah ceri




No comments:

Post a Comment

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan