Monday 15 July 2013

NASI MAQLUBAH

Nasi Arab Maqlubah

Bahan-bahan..(untuk 10 orang makan)


(A)
1 ekor ayam dipotong 10
4 cawan beras basmathi


Rempah yang dibancuh dengan secawan air.(B)

6 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah sup(serbuk)
12 cawan air biasa



Sayur-sayuran(C)

2 batang lobak merah(potong dadu besar)
2 batang terung panjang (potong dadu besar)
2 biji kentang (potong 8)
bunga kobis dipotong sederhana besar(saya tak letak)

Cara:

Goreng dalam minyak baru hingga keperangan. Goreng asing2.





Salata(D)

2 biji timun(potong dadu)
3 biji tomato(potong dadu)
5 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa.

Cara:

Campur semua. Simpan dalam peti.


Sos(E)

5 biji cili merah
2 biji cili padi
1 biji tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan air

Cara:

1- Masukan semuanya ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Keluarkan dan tambah garam, gula secukup rasa. Lebihkan manis untuk sos yang sedap.




Tumis(F)

5 ulas bawang merah (mayang)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (Dihiris halus)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga

Cara :

1- Panaskan 5 sudu minyak. Tumiskan bahan tumis hingga keperangan dan berbau wangi.
2- Masukkan rempah. Kacau rempah supaya tidak hangus. Tumis hingga pecah minyak.
3- Masukkan 12 cawan air ke dalam periuk. Masukkan ayam. Masak hingga mendidih dan ayam masak.
4- Masukkan garam secukupnya.


Cara masak nasi

1- Basuh beras, rendam 10minit dan toskan.(Basmathi). Masukkan ketulan ayam. Susun atas beras. Taburkan sayuran atas ayam.

2- Masukkan 8 cawan air rebusan ayam tadi Ke dalam periuk nasi.(kacau air rebusan setiap kali menceduk supaya rempah tidak mendap)

3- Masak nasi macam biasa.

Sup

1- Masak semula air rebusan untuk dijadikan sup Tambah air, garam secukup rasa.







No comments:

Post a Comment

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan