Thursday 11 July 2013

CREPE DURIAN

Bahan-bahan- Adunan Crepes
  • 30 gm tepung Hong Kong/tpng gandum / guna 4 sudu besar rata
  • 30 gm tepung kastard-/ guna 4 sudu besar rata
  • 20 gm tepung jagung / guna 2 sudu besar rata
  • 20 gm tepung ubi / guna 2 sudu besar rata
  • 20 gm tepung kentang/ tepung sagu/ tpng hoon kwee / guna 2 sudu besar rata
  • 3 biji telur
  • 1/4 sudu teh garam
  • 250 ml susu cair- suhu bilik
  • 1 sudu besar mentega cair/minyak masak
  • Pewarna kuning- optional
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
  4. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
  6. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Inti Kastard Durian
  • 250 ml susu cair
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 biji kuning telur
  • 150 gm isi durian
  • Non-dairy whip cream -secukupnya
Cara-cara
  1. Satuan semua bahan kastard, kisar sebentar hingga isi durian hancur. Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental. Sejukkan dulu.
  2. Simpan dalam peti sejuk sebelum diisi kedalam dadar/ crepe bersama whip cream.
Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
Kemudian campurkan ke dlm krim kastard durian kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati. Jika adunan berketul, masukkan dlm mixer dan pukul sekejap je anggaran ia sebati dan kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.
Cara Penyediaan
  • Kepingan crepe ~ secukupnya
  • Krim Kastard ~ secukupnya
  • Isi durian ~ secukupnya
  1. Letakkan sekeping crepe
  2. Letakkan krim kastard di atasnya
  3. Kemudian letakkan isi durian
  4. Tutup kembali denga krim kastard
  5. Lipat seperti kita melipat sampul surat/ kuih lepat.
  6. Buat sehingga habis Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

No comments:

Post a Comment

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan