Tuesday 9 July 2013

RAMADHAN 1434H


Formula mendapat keampunan Allah..

1. Menghidupkan Ramadhan dengan keimanan & pengharapan
[Siapa yang menghidupkan (memenuhkannya dengan amal) Ramadhan, dengan penuh keimanan serta pengharapan (kepada keredhaan Allah).. Maka diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu] Perbaikilah kualiti puasa kita Banyakkan tilawah & tadabbur al Quran Banyakkan bersedekah Pastikan malam Ramadhan kita tidak berlalu tanpa Qiamullail

2. Mengampunkan segala kesalahan orang lain kepada kita
[..berikanlah keampunan.. kemaafan.. Tidakkah kamu suka agar Allah mengampunkan kamu ? Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi memberi rahmat]
Ampunkanlah segala dosa & kesalahan sahabat kepada anda.Maafkanlah segala dosa ahli keluarga & saudara mara anda Sejukkanlah hati anda dengan mengampunkan dosa manusia, nescaya Allah akan menyejukkan hati anda dengan kempunanNya

3. Sedekah boleh membawa pengampunan
[Dan jika kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik, nescaya Allah akan menggandakan balasanNya serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat)]
Pastikan anda ada bersedekah w`pun sedikit pada setiap hari Ramadhan Jgn lupa bantuan kita untuk saudara kita di Palestin..

4. Istighfar pada waktu sahur
Banyakkanlah istighfar pada bulan ini.. [Sesungguhnya hait-haii manusia itu berkarat ibarat tembaga, dan pengilatnya adalah Istighfar]. Terutama pada waktu-waktu sahur (2/3 malam). Terdapat dua kali di dalam al Quran, Allah memuji mereka yang beristighfar pada waktu sahur.. al Zariyat, ayat 18 dan juga Ali Imran, ayat 17.

No comments:

Post a Comment

Kalau suka resepi masakan atau resepi rohani dalam blog Resepi Warisan Bonda ni, jangan lupa LIKE dan SHARE. Kalau tak faham sila komen. Jangan segan-segan